Skip to content
Thinkervault Media & Press Release
Menu
  • Home
  • All Media
  • Book Review
  • Research
  • About Writers
  • About This Page
  • Contact Us
Menu

About Writer: Dr. Mahat Jamal

Posted on 30/08/2021

Berasal dari Daerah Tuaran Sabah Malaysia, Mahat Jamal memulakan karernya
sebagai Pembantu Rancangan Radio di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM
Sabah) pada tahun 1972. Sebagai penerbit beliau menulis skrip dan membaca berita
radio dan juga penyampai program ehwal semasa. Beliau juga ditugaskan sebagai
pembaca berita TV dan moderator beberapa program TV Sabah Rangkaian Ketiga
(siaran hitam putih, milik Kerajaan Negeri Sabah) di era tahun 1970an. Siaran
tersebut dimansuhkan apabila TV Malaysia memulakan siaran ke seluruh negara dari
Angkasapuri Kuala Lumpur, awal tahun 1980an.


Kareer beliau bermula dari sebagai front liner meningkat ke tahap peringkat
pengurusan penyiaran, sebagai Pengelola Rancangan, Pengelola Rancangan Kanan,
Pengawal Siaran dan Timbalan Pengarah (Rancangan) RTM Sabah. Ketika RTM Perlis
(Radio 3 Kangar) ditubuhkan pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Pengarah RTM
Perlis yang pertama. Kemudian, pada tahun 2007 beliau dilantik pula sebagai
Pengarah Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) berpusat di Angkasapuri Kuala
Lumpur.

Bermula tahun 2010 beliau merupakan pensyarah undangan Program Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum dilantik sebagai
Pensyarah Kanan pada tahun 2013. Beliau juga bertindak selaku penyelaras
kolaburasi UMS-RTM dengan teremeterainya Memorandum of Understanding (MoU)
UMS-RTM bagi mewujudkan win-win situation dalam usaha meningkatkan mutu
siaran radio kampus (UMS FM/ KKFM). RTM menyediakan tempat latihan industri
pelajar-pelajar UMS di samping itu UMS memberi ruang kakitangan RTM melanjutkan
pelajaran.

Dari segi penyelidikan, fokus kajian beliau ialah sejarah komunikasi dan penyiaran.
Antara dimensi kajian termasuklah keberkesanan siaran radio tempatan terhadap
audiens, penjenamaan radio RTM, impak liputan radio dalam pilihan raya, fungsi
radio sebagai pemangkin elemen perpaduan dan intergrasi nasional, program radio
dan semangat patriotisme, strategi siaran radio tempatan dengan radio negara jiran
dan sebagainya. Kajian dibentangkan dalam seminar, kolokium dan persidangan di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Artikel jounal beliau juga tersiar
dalam Journal Komunikasi Borneo (JKoB), buku periodikal terbitan Kementerian
Penerangan Malaysia dan sebagainya. Di samping itu, sejak 2013 beliau
berkolaburasi dengan Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah (JPNS) dengan membuat
ulasan buku terpilih dalam usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat. Ruangan Ulasan Buku disiarkan oleh akhbar Harian Ekspress, pada hari
Jumaat setiap minggu.

Dari segi akademik beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Institut
Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang penyiaran, Sarjana Sains Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PhD (Sejarah) dari Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Beliau dianugerahkan Bintang Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 2001
dan Bintang Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada tahun 2004 oleh kerajaan
Negeri Sabah.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • [Kajian] LIPUTAN RADIO PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH 1976:DI MANA SILAPNYA?
  • [Kajian] IMPAK MEDIA BAHARU TERHADAP ETNIK BRUNEI DI SABAH: KAJIAN KES DI DAERAH KECIL MEMBAKUT, SABAH
  • [Ulasan] DUNIA DI SEBALIK TEMBOK – Dr. Mahat Jamal
  • [Ulasan] Asia Pasifik Sejak 1945: Perubahan Struktur Antarabangsa Dan Percaturan Politik Serantau.
  • [Ulasan] KRISIS DAN KONFLIK INSTITUSI KELUARGA – Dr. Mahat Jamal

Archives

  • August 2022
  • July 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • November 2021
  • August 2021

Categories

  • Academic Writing
  • Book Review
  • Kajian
  • Research
  • Uncategorized
  • Writers
©2023 Thinkervault Media & Press Release | Design: Newspaperly WordPress Theme